Kapal TLDM telah berusia, perlu ditukar - Sultan Selangor

Sultan Selangor (tengah) berkenan menerima menghadap Mohd Reza (kiri) dan Abdul Rahman sempena persaraan beliau di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam.
Sultan Selangor (tengah) berkenan menerima menghadap Mohd Reza (kiri) dan Abdul Rahman sempena persaraan beliau di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan baginda terhadap aset keselamatan negara khususnya kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berusia dan perlu ditukar.

Kebimbangan itu dizahirkan baginda ketika pertemuan dengan Panglima Tentera Laut (PTL), Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany, Khamis lepas.

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, baginda selaku Kepten Yang Dipertua TLDM bertitah semasa pertemuan tersebut bahawa pertukaran aset yang telah berusia itu perlu dilakukan demi memastikan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara dan dalam keadaan siap siaga.

Khamis lepas, Sultan Selangor berkenan menerima menghadap Mohd Reza sempena persaraan beliau di Istana Bukit Kayangan di sini.

Beliau dilantik sebagai PTL pada 30 November 2018 dan akan menyerahkan tugas kepada penggantinya pada 23 Januari ini.

Mohd Reza turut merafak sembah memperkenalkan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob yang bakal menggantikan beliau sebagai Panglima Tentera Laut ke-18. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!