Cebisan mayat tidak boleh dialih, Jakoa hormati adat Orang Asli

Jakoa Kelantan menghormati adat dan kepercayaan Orang Asli suku kaum Temiar di Gua Musang berhubung kes seekor beruang menggali kubur dan memakan mayat di Pos Balar sejak dua minggu lalu. -Foto: Ihsan penduduk
Jakoa Kelantan menghormati adat dan kepercayaan Orang Asli suku kaum Temiar di Gua Musang berhubung kes seekor beruang menggali kubur dan memakan mayat di Pos Balar sejak dua minggu lalu. -Foto: Ihsan penduduk
A
A
A

GUA MUSANG - Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan menghormati adat dan kepercayaan Orang Asli suku kaum Temiar di sini berhubung kes seekor beruang menggali kubur dan memakan mayat di Pos Balar sejak dua minggu lalu.

Ia susulan kepercayaan dan adat masyarakat kaum Temiar cebisan anggota badan mayat berkenaan tidak boleh dialihkan dan perlu dibiarkan di kawasan tersebut.

Sumber Jakoa berkata, setakat ini pihaknya tidak menyentuh hal berkaitan kaedah persemadian yang dibuat.

"Kita hormati adat mereka. Kecuali mereka minta nasihat dari segi keselamatan dan kebersihan berkaitan pengebumian.

"Setakat ini pihak kami telah mengadakan perbincangan secara tidak rasmi dengan mereka," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Menurut beliau, pada masa sama Jakoa turut memberi maklumat dan nasihat supaya sentiasa berhati-hati dengan kehadiran binatang buas.

Pada Isnin, media melaporkan lebih 100 penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Kampung Dakoh, Pos Balar, Gua Musang mendakwa seekor beruang menggali kubur dan memakan mayat Orang Asli sejak dua minggu lalu.

Dakwa penduduk, kejadian pada 27 Disember lalu menyebabkan sebahagian tubuh badan seorang wanita iaitu Amek Along, 48, yang meninggal dunia lebih sebulan lalu dimakan haiwan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Mereka terkejut melihat cebisan anggota badan wanita tersebut yang dipercayai sudah dimakan beruang dan harta benda yang diletakkan di kawasan kubur itu turut dirosakkan.

Menurut adat kaum Temiar, mayat tersebut tidak boleh dialihkan dan hanya dibiarkan di kawasan tersebut sahaja.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!