Baiki jalan Gerik-Jeli antara perbincangan dengan PM

Saarani (kiri) mengadakan pertemuan dengan Anwar di Seri Perdana Putra, Putrajaya menyuarakan pelbagai perkara berkaitan pembangunan dan kebajikan rakyat Perak pada Selasa. FOTO SAARANI MOHAMAD
Saarani (kiri) mengadakan pertemuan dengan Anwar di Seri Perdana Putra, Putrajaya menyuarakan pelbagai perkara berkaitan pembangunan dan kebajikan rakyat Perak pada Selasa. FOTO SAARANI MOHAMAD
A
A
A

IPOH - Penggantian struktur laluan Lebuh Raya Timur Barat yang menghubungkan Gerik, Perak-Jeli, Kelantan bernilai RM80 juta antara perkara yang dibincangkan delegasi kerajaan negeri Perak bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, masalah tersebut perlu tindakan segerakan kerana keadaan laluan tersebut meresahkan rakyat terutama yang menggunakan jalan tersebut.

Beliau pada Jun tahun lalu turun padang bersama Menteri Kerja Raya ketika itu, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk melihat kerosakan teruk di beberapa lokasi sepanjang lebuh raya berkenaan.

"Walaupun kerja-kerja penurapan sudah dilakukan, tetapi ia tidak memadai kerana kerja-kerja menggantikan keseluruhan struktur jalan mesti dilakukan tetapi ia menelan kos yang agak tinggi iaitu kira-kira RM80 juta.

"Namun saya dan rakan-rakan dalam kerajaan negeri tidak berputus asa. Hari ini, saya bersama delegasi kerajaan negeri Perak berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyuarakan beberapa isu yang perlu tindakan segera termasuk pembinaan semula Lebuh raya Timur Barat," katanya menerusi satu hantaran di Facebook Saarani Mohamad pada Selasa.

Menurutnya, dalam satu hantaran lain, Saarani berkata, pertemuan dengan Anwar di Perdana Putra, Putrajaya pada pagi Selasa itu memberi peluang kepada delegasi kerajaan negeri Perak berkongsi pelbagai perkara.

Jelasnya, perkara yang diutarakan melibatkan hal-hal pembangunan dan kebajikan rakyat Perak dengan menjelaskan keperluan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian serta dipertimbangkan kerajaan Persekutuan.

"Sepanjang pertemuan itu, Perdana Menteri memberi respon yang sangat positif yang memungkinkan perancangan kerajaan negeri untuk rakyat dan negeri dapat dilaksanakan.

Artikel Berkaitan:

"Saya yakin hubungan harmoni kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan terus diperkukuh demi rakyat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!