Piala AFF: Thailand henti cabaran Malaysia di separuh akhir

Antara aksi menarik Malaysia menentang Thailand dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF 2022 di Stadium Thammasat sebentar tadi.
Antara aksi menarik Malaysia menentang Thailand dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF 2022 di Stadium Thammasat sebentar tadi.
A
A
A

IMPIAN Harimau Malaya untuk mara ke perlawanan akhir Piala AFF 2022 tidak kesampaian apabila tewas 0-3 kepada penyandang juara Thailand dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Thammasat sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan anak buah Alexandre Polking mara menerusi agregat 3-1 sekali gus berdepan Vietnam dalam perlawanan akhir pertama pada 13 Januari ini.

Skuad kendalian Kim Pan-gon yang tampil ke bumi Gajah Perang dengan berbekalkan kemenangan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu lalu ternyata berdepan tentangan sengit tuan rumah.

Thailand terlebih dulu memadamkan kelebihan satu gol pasukan negara menerusi penyerang tuan rumah, Teerasil Dangda pada minit ke-19 bagi mengikat kedudukan 1-1 secara agregat pada separuh masa pertama.

Babak kedua, skuad kendalian Polking mula meningkatkan ancaman biarpun Pan-gon menambah kekuatan dengan kemasukan Lee Tuck dan Ruventhiran bagi mengimbangi asakan lawan

Pintu gol negara sekali lagi bolos kali ini menerusi jaringan Bordin Phala pada minit ke-55 bagi membolehkan Gajah Perang terus selesa di depan.

Pemain gantian, Adisak Kraisorn kemudian mengakhiri cabaran negara di kejohanan dengan gol ketiga pada minit ke-71.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!