Istiadat angkat sumpah kabinet baharu Sabah?
BERITA SEMASA 11 JANUARI 2023
Satu istiadat mengangkat sumpah jemaah kabinet baharu Sabah dijangka akan diadakan di Istana Seri Kinabalu, Sabah pada pagi Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Tinjauan Sinar Harian di pintu utama istana mendapati anggota pasukan PDRM mula membuat kawalan keselamatan seawal jam 6.30 pagi.
Turut kelihatan beberapa kenderaan mewah dipercayai membawa ADUN mula memasuki perkarangan istana seawal jam 8.30 pagi.
Sebelum itu, pada malam Selasa tular satu surat berhubung istiadat berkenaan yang dikatakan akan berlangsung pada jam 10 pagi Rabu di Dewan Istiadat, Istana Seri Kinabalu.
Artikel: https://go.sinarharian.com.my/3ZtB5YI
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #malaysiaberintegriti