Amaran ribut petir di empat negeri - MetMalaysia
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Manjung dan Bagan Datuk (Perak) diikuti Dungun dan Kemaman (Terengganu).
Keadaan sama dijangka melanda Jerantut dan Kuantan (Pahang) serta Sabak Bernam dan Kuala Selangor (Selangor). - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!