Peniaga rugi RM500,000 premis kereta terpakai terbakar

Sebanyak 23 kenderaan musnah dalam kebakaran di premis kenderaan terpakai di Lukut, awal pagi tadi.
Sebanyak 23 kenderaan musnah dalam kebakaran di premis kenderaan terpakai di Lukut, awal pagi tadi.
A
A
A

PORT DICKSON - Pemilik premis menjual kereta terpakai di Lukut di sini, alami kerugian dianggarkan RM500,000 apabila 23 kenderaan pelbagai jenis musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu disedari mangsa selepas mendapati alat penggera di premis itu berasap sebelum terbakar.

Pemiliknya dikenali sebagai Lee, 63, berkata, sebelum kejadian itu hujan lebat dan disusuli dengan petir yang kuat.

"Bila masuk ke dalam premis saya ternampak alat penggera tiba-tiba berasap dan terbakar. Saya cuba padamkan api, tapi api marak dengan cepat.

"Saya dibantu kawan-kawan sempat bawa keluar 29 kenderaan yang ada dan anak saya hubungi bomba untuk bantuan," katanya.

Menurutnya, dia bersyukur kerana ada di lokasi dan kejadian seumpama itu pertama kali berlaku sejak 35 tahun menjalankan perniagaan.

Katanya, dia tidak pasti punca sebenar kejadian namun menganggarkan kerugian RM500,000.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!