Bajet menarik menanti warga Negeri Sembilan: MB
Aminuddin pada sidang medianya semalam.
A
A
A
Katanya, perkara paling penting dalam pengisian bajet kali ini adalah ia inklusif dan menyeluruh tanpa ada golongan yang tertinggal.
"Bajet kali ini dibuat secara menyeluruh untuk bantu semua golongan khususnya B40 selain wanita, belia, golongan kurang upaya (OKU), penjawat awam, institusi adat dan pendidikan.
"Apa yang boleh saya katakan ia lebih baik dari kerajaan terdahulu, lebih inklusif kerana kita nak semuanya merasa," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri, di sini, semalam.
Dalam perkembangan lain, beliau mengingatkan semua pihak supaya tidak mempolitikkan dan menjadikan isu pemberiaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir tahun hadapan.
Aminuddin berkata, ia tertakluk kepada perkenan Tuanku Muhriz termasuk menentukan berapa ramai jumlah penerima.
"Semua kena faham, penganugerahan itu bawah bidang kuasa Tuanku Muhriz dan di peringkat kerajaan negeri, kita akur kepada siapa baginda nak beri.
"Di peringkat kerajaan negeri, ada nama yang dihantar misalnya pegawai kerajaan yang banyak berjasa dan itu adalah proses biasa. Sama ada perkenan atau tidak, itu hal Tuanku Muhriz," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!