Treler sarat muatan balak terbalik di Jertih
A
A
A
Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 pagi itu, Mohd Hafizee Ishak, 33, berasal dari Kuala Krai, Kelantan bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, lelaki itu memandu lori treler seorang diri dari arah Kota Bharu, namun kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain.
"Kejadian berlaku ketika treler itu dalam perjalanan dari Kuala Krai untuk menghantar balak ke sebuah kilang papan di Ajil, Hulu Terengganu. Pemandu dikatakan hilang kawalan lalu terbalik di satu persimpangan dan kira-kira 30 kayu balak bergelimpangan atas jalan,” katanya ketika dihubungi.
Abdul Rozak berkata, pihaknya menempatkan anggota polis di kawasan kejadian bagi mengawal lalu lintas sebelum kerja memindahkan kayu balak itu dilakukan.
Sementara itu Mohd Hafizee berkata, beliau bersyukur terselamat dalam kejadian yang hampir meragut nyawanya apabila kayu balak jatuh sehingga ke hadapan treler. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!