Kudrat Bale masih jadi taruhan Wales
PEMAIN sensasi, Gareth Bale mungkin perlu memikirkan semula hasratnya untuk bersara daripada arena bola sepak.
Ia susulan skuad kebangsaan Wales masih menagih kudrat pemain berusia 33 tahun itu yang dilihat kekal relevan buat pasukan.
Pengurus Wales, Rob Page enggan berputus asa akan cuba memujuk Bale untuk terus kekal bersama skuad selepas dia mengumumkan persaraan daripada bola sepak pada Selasa.
“Apabila anda memiliki seorang pemain seperti Gareth (Bale). Impak yang dicetuskan di bilik persalinan dan apa yang dia lakukan untuk Wales.
“Maka saya perlu manfaatkannya untuk pasukan. Saya amat teruja dan mahu dia terus kekal (bersama Wales),” katanya.
Bale melakar kejayaan cemerlang dalam kariernya apabila memenangi lima kali Liga Juara-Juara ketika bersama Real Madrid.
Dia juga membuat 111 penampilan dan meledak 42 gol untuk Wales yang juga rekod untuk skuad kebangsaan.
Bale mengambil keputusan untuk menggantung but ekoran prestasi hambar Wales di Piala Dunia pertama mereka sejak 1958 di Qatar.
Poland gagal melepasi peringkat kumpulan, manakala Bale pula bergelut dengan masalah kecergasan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!