Pengutip Sisa Pepejal

A
A
A

Pengutip bahan kitar semula mencari bahan yang boleh dikitar semula di atas timbunan sampah di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Pulau Burung, Nibong Tebal baru-baru ini.

Meskipun kawasan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Pulau Burung diselubungi bau yang tidak menyenangkan, ia menjadi lubuk rezeki bagi pengutip sampah untuk mengumpul sisa buangan yang boleh dijual seperti kotak, botol, tin, plastik, keluli dan lain-lain.

Tinjauan Bernama di tapak pelupusan sampah seluas lebih 33 hektar yang menerima kira-kira 4,000 tan sampah setiap hari itu merupakan satu-satunya tempat pembuangan sisa pepejal bagi negeri Pulau Pinang.

Kawasan itu yang terletak 60 kilometer dari bandaraya George Town menyaksikan ramai pemungut sampah di tapak pelupusan setiap hari tidak kira cuaca panas mahupun hujan berada di situ dari pagi hingga ke petang untuk mencari rezeki.

Mereka akan mengumpul barangan dari tapak pelupusan itu selama seminggu, sebelum dijual dengan harga antara RM300 hingga RM500 bergantung harga pasaran dan jenis barangan kitar semula yang ditemui.

Sudah menjadi fenomena biasa, setiap kali lori-lori sampah bergerak masuk ke tapak pelupusan ini, kelihatan kelibat sekumpulan pemungut sampah dengan hanya berbekalkan karungan guni dan pengait sampah akan berebut-rebut menyelongkar longgokan sampah yang baru ditimbunkan itu.

Walaupun kawasan pelupusan sampah itu berbau busuk, namun kumpulan pengutip sampah ini tetap tabah dan kelihatan seakan-akan tidak langsung terganggu malah sudah terbiasa dengan suasana di lubuk rezeki mereka di sini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Tinjauan Planetarium Negara

No Image Caption
GALERI

Tarikan baharu Gua Musang

No Image Caption
GALERI

Tinjauan Cuti Hari Natal

No Image Caption
GALERI

Belalang Padi