Bubu naga RM16,000 dirampas

Nazri (kiri) memeriksa bubu naga yang dirampas.
Nazri (kiri) memeriksa bubu naga yang dirampas.
A
A
A

TUMPAT - Sebanyak 83 unit bubu naga yang diharamkan penggunaannya di rampas dalam satu operasi bersepadu di perairan laut Kuala Tak Bai hingga Kuala Besar, hari ini.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Nazri Ishak, berkata, rampasan bernilai RM16,000 itu dilakukan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor bersama Bahagian Penguatkuasa Jabatan Perikanan Negeri Kelantan,

"Ia satu kesalahan jika nelayan menangkap ikan menggunakan bubu naga kerana boleh memusnahkan ekosistem dan pembiakan sumber laut dan penggunaan bubu naga lebih daripada dua injap adalah kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

"Penggunaan bubu naga ini diharamkan kerana mahu memastikan ekosistem dan pembiakan sumber Laut di kawasan Laut cetek tidak terjejas," katanya pada sidang media di Markas Operasi PPM Pengkalan Kubor di sini, hari ini.

Nazri (tiga dari kanan) bersama anggota PPM dan penguat kuasa Jabatan Perikanan menunjukkan bubu naga yang dirampas di Markas Operasi PPM Pengkalan Kubor.
Nazri (tiga dari kanan) bersama anggota PPM dan penguat kuasa Jabatan Perikanan menunjukkan bubu naga yang dirampas di Markas Operasi PPM Pengkalan Kubor.

Nazri berkata, dia percaya bubu naga tersebut dipasang nelayan tempatan di perairan tersebut, namun tiada tangkapan dibuat dalam operasi membabitkan seorang pegawai dan 9 anggota PPM serta 10 pegawai Penguatkuasa Jabatan Perikanan Negeri Kelantan itu.

"Siasatan lanjut berhubung kes tersebut dilakukan mengikut Seksyen 8 (A), Seksyen 10 (2) dan Seksyen 29 Akta Perikanan 1985. Penguatkuasaan akan dilakukan dari semasa ke semasa kerana penggunaan bubu naga boleh menyebabkan hampir 80 peratus ikan kecil terjejas," katanya.

Dalam pada itu, nelayan tempatan dinasihatkan menangkap ikan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!