Jin Wei gembira kembali 'hiasi' Super 1000

Jin Wei meraikan kemenangannya pada pusingan pertama Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena pada Rabu. - Foto Bernama
Jin Wei meraikan kemenangannya pada pusingan pertama Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena pada Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

PERSEORANGAN badminton profesional wanita negara, Goh Jin Wei gembira dapat kembali bersaing dengan pemain terbaik dunia dalam kejohanan peringkat Super 1000, selepas kali terakhir beraksi pada 2018.

Jin Wei berkata, dia mahu memberikan aksi yang terbaik di hadapan penyokong tempatan di Axiata Arena, Bukit Jalil apabila berdepan pemain di ranking atas pada Terbuka Malaysia kali ini.

"Saya menikmati kepantasan permainan walaupun pada awal pagi. Kali terakhir saya tidak bermain sudah hampir setahun (kerana pembedahan) dan hanya menyertai kejohanan kecil dan di Eropah kurang perhatian, jauh berbeza (di negara sendiri).

"Memang sukar untuk kalahkan mereka (pemain 10 terbaik dunia), mereka sangat konsisten dan itu yang saya sasarkan, untuk jadi konsisten," kata pemain berusia 22 tahun yang menghuni ranking ke-33 dunia itu.

Pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 itu menewaskan wakil Jerman, Yvonne Li 21-11, 21-18 dalam 39 minit perlawanan.

Jin Wei yang mara ke pusingan kedua akan berdepan lawannya dari Korea Selatan, An Se Young yang mengenepikan wakil India, Malvika Bansod 21-9, 21-13.

Pada Oktober 2019, Jin Wei menjalani pembedahan kolektomi, prosedur untuk membuang semua atau sebahagian daripada usus. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!