Memoir Putera Harry pecah rekod jualan hari pertama

Penerbit memoir kontroversi itu mendakwa sebanyak 400,000 salinan dalam bentuk buku berkulit keras, e-buku dan format audio telah dijual. - Foto Agensi
Penerbit memoir kontroversi itu mendakwa sebanyak 400,000 salinan dalam bentuk buku berkulit keras, e-buku dan format audio telah dijual. - Foto Agensi
A
A
A

LONDON - Memoir kontroversi Putera Harry yang mendedahkan kepincangan dalam keluarga diraja Britain menjadi buku bukan fiksyen yang merekodkan jualan terpantas di negara itu, menurut penerbitnya pada Selasa.

Buku berjudul Spare itu telah mendapat perhatian di seluruh dunia selepas Duke of Sussex itu membongkar kisah tentang ayahandanya, Raja Charles III, bonda tirinya, Camilla dan hubungan tegang bersama abangnya, Putera William.

"Kami tahu buku ini pasti dapat sambutan, namun tidak menyangka ia melepasi jangkaan awal," kata Pengarah Urusan Transworld Penguin Random House, Larry Finlay sambil menambah rekod sebelum ini dipegang novel Harry Potter.

Jelas penerbit itu, memetik angka jualan di London, ia telah menjual 400,000 salinan dalam bentuk buku berkulit keras, e-buku dan format audio.

Spare turut menceritakan kehidupan Harry bersama isterinya, Meghan Markle setelah pasangan itu melepaskan keistimewaan diraja pada 2020 dan berpindah ke California, Amerika Syarikat (AS). - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!