Kembar seiras teruja khatan bersama

Dua beradik kembar disuapkan pulut semangat oleh Salahhuddin sambil diperhatikan oleh ayah dan adik mereka.
Dua beradik kembar disuapkan pulut semangat oleh Salahhuddin sambil diperhatikan oleh ayah dan adik mereka.
A
A
A
TUMPAT - Dua beradik kembar seiras teruja apabila dikhatankan beramai-ramai pada program Khatan Perdana Dun Pasir Pekan.

Lebih menyeronokkan kembar berusia 10 tahun itu, Mohd Zikrillah Mohd Syukri dan Mohd Zikrullah Mohd Syukri apabila adik mereka, Mohammad, 8, turut sama berkhatan.

Ayahnya, Mohd Syukri Mohd Zain, 46, berkata, tiga anaknya teruja kerana berpeluang merasai pengalaman berkhatan beramai-ramai.

“Hilang perasan takut dua beradik kembar bersama adiknya apabila datang berkhatan di sini.

“Sebabnya meriah, ada mandi air pancutan dari bomba dan disuapkan pula pulut semangat ramai-ramai,” katanya dari Kampung Kutan.

Menurutnya, ia juga meringankan bebanan ibu bapa kerana berkhatan di sini adalah percuma sedangkan kos berkhatan ini lebih RM100 untuk seorang anak.

Sementara itu, Pengarah Pusat Khidmat DUN pasir pekan, Salahhuddin Che Husin berkata, seramai 145 kanak-kanak di Dun Pasir Pekan berkhatan di Wisma Ibadurrahman.

“Khatan ini adalah percuma untuk anak-anak yang akan melangkah ke alam dewasa.

“Pihak kami menyediakan khidmat doktor dan pembantu seramai 12 orang untuk melancarkan program Khatan perdana ini,” katanya.
Artikel Berkaitan:


Menurutnya, ini adalah acara tradisi di sini yang diadakan setiap tahun dan persiapan majlis ini diadakan sejak dua bulan lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!