Perang kognitif di media sosial 'rebahkan' UMNO pada PRU

Mohamad (tengah) bersama Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua dari kanan) serta barisan kepimpinan hadir Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Puteri sempena PAU 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur malam ini. - Foto Bernama
Mohamad (tengah) bersama Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua dari kanan) serta barisan kepimpinan hadir Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Puteri sempena PAU 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur malam ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perang kognitif secara konsisten yang digunakan oleh Perikatan Nasional (PN) terhadap UMNO telah berjaya mempengaruhi golongan muda dan pengguna media sosial untuk menolak parti itu.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihak lawan telah menggunakan kaedah itu secara konsisten di ruangan maya untuk menyebarkan sentimen jahat terhadap parti itu.

“Secara konsisten menggunakan ruang maya, sebagai lubuk untuk menanam sentimen jahat, terhadap UMNO bahawa UMNO itu rasuah, UMNO itu kotor, gila kuasa dan segala kata nista yang menjengkelkan.

“Tidak cukup dengan itu, mereka melabel pemimpin kita kleptokrat, tidak bermoral dan segala macam lagi tohmahan lain yang mampu mencemar kepimpinan kita.

“Semuanya disampaikan, dalam pelbagai bentuk grafik, video dan banyak lagi naratif lain. Dipancar dan disebarluaskan melalui platform TikTok, Instagram, Facebook, WhatsApp dan Twitter,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Rabu.

Tambah beliau, strategi itu telah dilipatgandakan di ambang pilihan raya umum (PRU) untuk mempengaruhi pemikiran dan mengubah keyakinan masyarakat terutamanya orang Melayu untuk menolak UMNO.

“Inilah, yang PN lakukan dengan berkesan. Mempengaruhi golongan muda dengan ‘content’ yang toksik untuk mengajak orang Melayu membenci dan meninggalkan UMNO.

Artikel Berkaitan:

“Ternyata, strategi perang kognitif mereka sangat berjaya. Tsunami Melayu melanda utara, dan pantai timur semenanjung, dengan pengundi Melayu berduyun-duyun menolak UMNO,” ujarnya.

Tambah beliau, UMNO telah tewas kerana gagal beradaptasi dengan kepentingan menggunakan teknologi dan maha data (big data), dalam pilihan raya.

Ikuti perkembangan semasa mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2022 di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!