Lima pembaharuan untuk UMNO kekal relevan

Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (kiri) ketika menghadiri Perhimpunan Agung Wanita sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Khamis. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (kiri) ketika menghadiri Perhimpunan Agung Wanita sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Khamis. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Wanita UMNO menggariskan lima pembaharuan penting yang akan dilaksanakan segera bagi memastikan parti itu kekal relevan sekali gus meraih sokongan rakyat.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, pembaharuan tersebut turut melibatkan pembersihan dalaman parti secara total tanpa kompromi.

“Gerakan berstrategi harus diterapkan kepada Wanita UMNO dengan memberi didikan dan kefahaman politik matang, maka UMNO wajib menyegerakan penubuhan Akademi Kepimpinan Wanita.

"Ketiga pula ialah penguasaan media sosial perlu lebih 'visible' (terlihat), efektif dan 'prominent' (menonjol) melalui penubuhan unit media digital di setiap bahagian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Khamis.

Mengulas lanjut Noraini berkata, pembaharuan keempat adalah dengan menjadikan Skuad Sayang yang perlu dilihat lebih jelas sebagai ejen penghubung kepada masyarakat dengan mewujudkan agenda kesukarelawanan.

Seterusnya pembaharuan kelima katanya adalah dengan memperkemas peranan dan gerak kerja Jaliran Rakyat (JR) seiring perkembangan teknologi, budaya setempat dan semasa.

"Selain kelima-lima (pembaharuan) tadi, untuk kembali bangkit dan pulih kita perlu 'revamp' (pengubahsuaian) dari segi pendekatan, gerak kerja dan pelan tindakan untuk memastikan keberkesanan serta kesesuaiannya dengan peredaran zaman," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!