Jill Biden dilapor sihat selepas prosedur 'cancerous lesions'
NEW YORK - Isteri Presiden Amerika Syarikat (AS), Jill Biden dilaporkan berada dalam keadaan yang sihat selepas menjalani prosedur 'cancerous lesions', lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa) memetik Rumah Putih pada Rabu.
Pakar bedah Pusat Perubatan Walter Reed di Bethesda, Maryland, berjaya mengeluarkan ketulan kecil di atas mata kanan beliau serta satu lagi ketulan di dada.
"Semua tisu kanser sudah dibuang...," kata doktor presiden, Dr Kevin O'Connor.
Jill Biden, 71, yang ditemani suaminya Presiden Joe Biden tiba di Walter Reed kira-kira 8 pagi.
Beliau dijangka kembali ke Rumah Putih pada Rabu petang. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!