Kyrgios mahu buktikan sesuatu di Australia
BINTANG tenis Australia, Nick Kyrgios mahu membuktikan penampilan di Kejohanan Terbuka Australia itu bukan sekadar nasib menjelang kejuaraan Grand Slam tersebut Isnin ini.
Sebaliknya pemain berusia 27 tahun itu mahu memastikan penampilan di laman sendiri tersebut bermula dengan langkah positif pada aksi ke undian utama.
“Saya adalah salah seorang pemain tenis terbaik dunia.
“Saya pasti akan pergi ke mana-mana kejohanan termasuk Terbuka Australia dengan keyakinan dan percaya boleh pergi jauh di Grand Slam.
“Jadi mudah-mudahan dengan Terbuka Australia yang semakin menghampiri, saya berharap mengharungi beberapa minggu yang baik di sini,” katanya.
Kyrgios tidak popular dalam kalangan rakan senegaranya selepas kerap bertembung dengan pegawai rasmi dan peminat.
“Kemenangan menyelesaikan segala-galanya, Australia hanya suka mengejar pemenang.
“Saya tidak melihat terlalu jauh ke hadapan, saya hanya berharap untuk mengambil langkah demi langkah, saya langsung tidak melihat ke hadapan dalam undian. Saya tahu terdapat ramai pemain berkebolehan yang mampu melakukan kejutan di sini.
“Namun kali ini agak Ia agak berbeza apabila kali pertama saya berasa seperti antara pemain yang boleh menjulang trofi,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!