Derma darah jadi KPI APM
Che Adam memakaikan lencana kenaikan pangkat kepada pegawainya.
A
A
A
Pengarahnya, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, inisiatif itu diperkenalkan bagi menggalakkan lebih ramai pegawai dan anggota pasukan itu terus konsisten dalam menderma darah.
“Untuk makluman, bermula tahun lepas dan tahun ini, kita galakkan pegawai dan anggota untuk menderma darah sekurang-kurangnya tiga kali setahun.
“Namun untuk tahun depan, kita cadang supaya derma darah dilakukan sekurang-kurangnya empat kali setahun iaitu Januari, Mei, Ogos dan hujung tahun.
“Ia akan menjadi markah tambahan bagi pegawai dan anggota untuk penilaian kenaikan pangkat nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Majlis Perhimpunan Setia dan Pemakaian Pangkat Bagi Pegawai Pasukan serta Penyampaian Sijil Penghargaan di Ibu Pejabat APM, Gong Badak, di sini.
Menurut Che Adam, pihaknya juga akan berbincang dengan Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk memberikan keistimewaan kepada pegawai dan anggota yang konsisten menderma darah agar dapat memberikan motivasi kepada orang lain.
Sementara itu, dalam majlis berkenaan, seramai empat pegawai menerima watikah kenaikan pangkat masing-masing.
Manakala tujuh yang lain menerima sijil penghargaan atas jasa dan pengorbanan kepada pasukan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!