Kes saman Anwar: Sanusi sudah failkan penyataan pembelaan

Muhammad Sanusi - Foto Bernama
Muhammad Sanusi - Foto Bernama
A
A
A

JITRA - Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan telah memfailkan penyataan pembelaan di Mahkamah Tinggi Alor Setar membabitkan kes saman fitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penyataan pembelaan dilakukan oleh pihaknya selepas menerima perintah daripada pihak mahkamah.

“Semalam (perintah mahkamah) dipanggil naratif untuk mengekalkan momentum dia (Anwar). Bila dia saman lepas itu dia suruh orang jawab. Jadi dia nak kekal momentum dia.

“Sebenarnya bukan macam itu. Bila dia fail mahkamah sudah maklum, kita terus jawab. Saya sudah senaraikan semua kes mahkamahnya,” katanya pada sidang akhbar pada Khamis.

Laporan Sinar Harian pada Rabu.
Laporan Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Perbandaran Mampu Milik Darulaman Saujana dan Pelan Induk Bandar Darulaman 3.0 dekat sini.

Muhammad Sanusi menjelaskan telah menyerahkan semuanya kepada mahkamah dan enggan mengulas lanjut.

“Saya malas nak ulas nanti orang kata saya mulut celopar,” ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Pada Rabu, media melaporkan Mahkamah Tinggi Alor Setar mengarahkan Muhammad Sanusi memfailkan penyataan pembelaan dalam saman fitnah yang difailkan Anwar selewat-lewatnya 13 Februari ini.

Saman berkenaan berhubung ucapan berbaur fitnah dalam satu kempen ceramah 'Jelajah PN Best Tambun’ yang didakwa mengaitkan Pengerusi Pakatan Harapan itu dengan perlakuan tidak bermoral.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!