Warga emas antara yang ditahan main judi

Antara suspek yang ditahan. - Foto: Ihsan Polis
Antara suspek yang ditahan. - Foto: Ihsan Polis
A
A
A

CHERAS - Tujuh lelaki termasuk seorang warga emas antara yang ditahan polis dalam dua serbuan berasingan di rumah kedai dipercayai melakukan kegiatan judi atas talian malam tadi.

Serbuan dilakukan di rumah kedai di Taman Miharja, Cheras sekitar jam 10 malam semalam dilakukan sepasukan Pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Cheras dan Balai Polis Cheras.

Ketua Polis Daerah Cheras, Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, polis menahan tujuh lelaki berusia antara 21 hingga 65 tahun dan empat daripada mereka adalah warga asing.

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis turut menyita lapan komputer riba, 4 modem, satu router, wang tunai berjumlah RM800 dan beberapa barangan lain yang berkaitan kes ini.

"Berdasarkan siasatan awal mendapati premis pertama baru beroperasi selama lima hari dan premis kedua beroperasi sebulan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamed Mokhsein berkata, kesemua suspek direman tiga hari sehingga Jumaat ini.

Dalam pada itu, Mohamed Mokhsein turut menasihatkan orang ramai untuk terus bekerjasama dengan polis dalam menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah di kawasan masing-masing.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!