Stor penyimpanan bahan berjadual terbakar

Stor simpanan bahan berjadual di Port Dickson terbakar.
Stor simpanan bahan berjadual di Port Dickson terbakar.
A
A
A

SEREMBAN - Sebuah stor penyimpanan bahan berjadual di Kampung Kebun Jimah, Port Dickson, dekat sini, terbakar dalam kejadian jam 1.05 petang tadi.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd Hairul Izam Mazelan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.05 petang dan tiba dilokasi jam 1.27 petang.

"Pada peringkat awal operasi, terdapat tong drum yang terbakar bagaimana pun berlaku tindak balas letupan selepas terkena air dan operasi terpaksa dihentikan seketika selepas satu jam.

“Pusat Gerakan Operasi kemudiannya mengumpul buih untuk memadam kebakaran dan operasi memadam kebakaran masih dijalankan dilokasi untuk memastikan punca api benar-benar dipadamkan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Anggota bomba memadamkan kebakaran.
Anggota bomba memadamkan kebakaran.

Dalam operasi ini, seramai 25 anggota bomba termasuk lima pegawai bomba dikerah dengan melibatkan dua jentera bomba, tiga lori tangki air dan sebuah ambulans Emergency Rescue Team.

Turut bersama dalam operasi Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, Pegawai Kanan Bomba 1 (PgKB I ), Abdul Rahman Ali.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!