Terbuka Malaysia 2023: Langkah Aaron-Wooi Yik terhenti
BEREGU utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal meneruskan perjuangan mereka pada Terbuka Malaysia 2023 selepas tersingkir di pusingan kedua sebentar tadi.
Tampil selaku juara dunia, Aaron-Wooi Yik tewas dalam pertarungan tiga set 10-21, 21-23 kepada gandingan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 10-21, 21-23 pada aksi di Arena Axiata, Bukit Jalil.
Ia adalah kekalahan ketiga dialami Aaron-Wooi Yik di tangan Yu Chen-Xuan Yi selepas mereka turut tewas ketika saingan peringkat kumpulan Jelajah Dunia Akhir BWF dan Terbuka Indonesia tahun lalu.
Lebih mengecewakan, kekalahan kali ini menyaksikan Aaron-Wooi Yik gagal untuk sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian pada Terbuka Malaysia tahun lalu dengan mara ke peringkat separuh akhir.
Malaysia kini hanya mempunyai dua wakil yang akan beraksi di peringkat suku akhir pada Jumaat - beregu lelaki profesional, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.
Ee Yi-Yew Sin bakal menentang beregu nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, manakala Tang Jie-Ee Wei berdepan pilihan kedua dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!