Banjir kilat: 43 penduduk Hulu Terengganu dipindahkan

Sebuah PPS dibuka di balai raya Kampung Kemat bagi menempatkan mangsa yang terjejas banjir kikat. - Foto APM
Sebuah PPS dibuka di balai raya Kampung Kemat bagi menempatkan mangsa yang terjejas banjir kikat. - Foto APM
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seramai 15 keluarga melibatkan 43 penduduk di sekitar Kampung Kemat, Hulu Terengganu dipindahkan ke tempat selamat selepas kawasan tersebut dilanda banjir kilat pada petang Khamis.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, setakat jam 10 malam, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas.

"Semua mangsa kini berada di PPS balai raya Kampung Kemat yang mula dibuka pada jam 6 petang tadi selepas rumah penduduk dinaiki air," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Bagaimanapun katanya, banjir kilat tersebut dilaporkan sudah surut dan mangsa yang terjejas dijangka pulang pada Jumaat sekiranya air kering sepenuhnya.

"Keadaan cuaca sekarang masih hujan renyai dan maklumat berkaitan banjir akan dikemaskini dari semasa ke semasa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!