India import 312,267 tan minyak sawit Malaysia bulan lalu
INDIA mengimport 312,267 tan minyak sawit dari Malaysia pada Disember 2022 manakala keseluruhan import minyak makan globalnya pada bulan itu melebihi 1.5 juta tan.
Jumlah dagangan dari Malaysia terdiri daripada 257,525 tan minyak sawit mentah (MSM), 46,743 tan minyak sawit ditapis, diluntur dan dinyahbau (RBD) dan 7,999 tan minyak isirung sawit mentah (CPKO).
Bahagian minyak sawit dalam jumlah import minyak makan India pada Disember sebanyak 1.55 juta tan adalah 71 peratus, menurut data bulanan yang dikeluarkan pada Khamis oleh Persatuan Pengekstrak Pelarut India yang berpangkalan di Mumbai.
Pada November 2022, India mengimport 318,825 tan minyak sawit Malaysia, termasuk 283,425 tan MSM dan 29,900 tan minyak sawit olein RBD. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!