Mesyuarat MKT UMNO malam ini rutin sebelum PAU

Ahmad Zahid ketika bertemu pengamal media sejurus selesai Mesyuarat Khas MKT UMNO di WTCKL pada Khamis. - Foto Bernama
Ahmad Zahid ketika bertemu pengamal media sejurus selesai Mesyuarat Khas MKT UMNO di WTCKL pada Khamis. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam ini adalah mesyuarat rutin sebelum persidangan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang akan berlangsung esok, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Ia mesyuarat untuk mendengar laporan daripada Pengerusi Tetap untuk persiapan Perhimpunan Agung UMNO setiap tahun.

"Pengerusi Tetap telah membuat laporan itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia di sini malam ini.

Ahmad Zahid berkata, mesyuarat itu juga mendengar laporan daripada wakil-wakil MKT ke persidangan sayap-sayap yang berlangsung siang tadi.

Ditanya adakah mesyuarat itu membincangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, Ahmad Zahid berkata, ia akan dibincangkan pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi yang akan datang.

Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang sebelum ini dijadualkan pada 21 hingga 24 Disember 2022 telah ditangguhkan kepada 11 hingga 14 Januari tahun ini.

Hari ini telah berlangsungnya persidangan ketiga-tiga sayap melibatkan Wanita, Pemuda dan Puteri, manakala esok, Ahmad Zahid dijadualkan menyampaikan Ucapan Dasar Presiden UMNO di perhimpunan itu yang akan berakhir Sabtu ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!