Messi bakal terima gaji RM1.52 bilion setahun
KELAB Arab Saudi, Al Hilal bersedia menawarkan kontrak menarik kepada Lionel Messi bernilai sehingga £288 (RM1.52 bilion) setahun.
Pemain berusia 35 tahun itu berbaki kontrak enam bulan di Paris Saint-Germain dan mungkin akan meninggalkan kelab Ligue 1 itu pada musim panas ini.
Messi telah menjaringkan 13 gol dan 14 bantuan gol dalam 20 penampilannya bersama PSG musim ini selain turut cemerlang di Piala Dunia Qatar dengan tujuh gol.
Menurut laporan media antarabangsa Mundo Deportivo, Al-Hilal sedang merancang perjanjian mega buat Messi selepas saingan mereka iaitu kelab Al Nassr menyelesaikan pembelian Cristiano Ronaldo bulan lepas.
Jumlah yang dilaporkan akan menyaksikan Messi mengatasi Ronaldo sebagai pemain dengan bayaran tertinggi di dunia.
Ronaldo menandatangani kontrak bernilai £173 juta (RM915 juta) setahun di Al-Nassr pada 30 Disember lalu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!