PAU 2022: Puad dilantik Timbalan Pengerusi Tetap UMNO
KUALA LUMPUR - UMNO meluluskan usul melantik Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sebagai Timbalan Pengerusi Tetap UMNO berkuat kuasa serta-merta.
Usul yang dikemukakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan diluluskan sebulat suara ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Jumaat.
Pelantikan Mohd Puad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu dibuat bagi menggantikan Datuk Seri Rizuan Abd Hamid yang meninggal dunia pada 20 Mei tahun lalu.
Rizuan yang juga Ketua UMNO Bahagian Kepong meninggal selepas disahkan dijangkiti Covid-19.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!