[VIDEO] Zahid dedah gerakan singkir Pengerusi BN

Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, pada Jumaat. - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, pada Jumaat. - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat gerakan yang dibuat untuk menyingkirkan beliau sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) selepas kekalahan besar parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau juga mendakwa mengetahui adanya rundingan pintu belakang yang diatur dengan Perikatan Nasional (PN) melalui Langkah St Regis.

“Saya tidak mahu mencanangkan di sini, siapa dan apakah gerakan itu kerana bagi saya, apa yang telah berlaku, makin menyerlahkan sikap dan nafsu politik serakah peribadi mereka terlibat tanpa memikirkan mudarat kepada parti.

“Semoga dengan penjelasan ini, letakkanlah noktah kepada polemik ini. Saya tahu, perkara-perkara ini menjadi modal yang terus dimainkan tambahan pula pemilihan parti semakin hampir.

“Termasuklah, saya mendengar lontaran-lontaran pandangan yang menyentuh soal pemilihan parti khususnya jawatan utama Presiden dan Timbalan Presiden parti. Ada yang mahu kedua-dua jawatan ini tidak dipertandingkan dan tidak kurang juga yang mahu ia dipertandingkan.

“Sebagai seorang yang yakin kepada proses demokrasi, saya menyerahkan kepada para perwakilan untuk menentukannya. Namun, saya yakin ahli-ahli UMNO boleh menilai yang mana kaca, yang mana permata. Yang mana pepat di luar, rencong di dalam. Bak kata orang muda, yang mana ‘ori’ yang mana ‘fake’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, pada Jumaat.

Tambah Ahmad Zahid, segala lontaran dan pandangan yang menyentuh soal pemilihan parti khususnya jawatan utama Presiden dan Timbalan Presiden parti didengarinya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, ada yang mahu kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan dan tidak kurang juga yang mahu ia dipertandingkan.

“Sebagai seorang yang yakin kepada proses demokrasi, saya menyerahkan kepada para perwakilan untuk menentukannya.

“Namun, saya yakin ahli-ahli UMNO boleh menilai yang mana kaca yang mana permata. Yang mana pepat di luar, rencong di dalam. Bak kata orang muda, yang mana ‘ori’ yang mana ‘fake’,” katanya.

Ikuti perkembangan semasa mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2022 di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!