Lima sebab UMNO kalah PRU15 - Ahmad Maslan

Ahmad Maslan
Ahmad Maslan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memberikan lima sebab parti itu kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada tahun lalu.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, UMNO sebelum itu telah menang dua Pilihan Raya Negeri (PRN) iaitu Melaka dan Johor di samping tujuh Pilihan Raya Kecil (PRK).

“Tentu kita anggap ada sesuatu yang luar biasa berlaku. Saya merumuskan lima perkara yang terjadi. Salah guna data peribadi (di mana) anak-anak muda dan kita semua menerima ‘bił digital’.

“Siapa bagi nombor telefon bimbit kita kepada mereka? Mereka merompak nombor-nombor itu dan menyalahgunakannya,” dakwanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan laporan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Jumaat.

Dakwa Ahmad, sebab lain adalah pemberian rasuah kepada pengundi seperti yang berlaku di sebuah negeri dan golongan muda dimanipulasi dengan pelbagai sebaran di media sosial.

“Ada yang betul dan ada yang tak betul di TikTok. Pemimpin UMNO dizalimi (seperti) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) beberapa orang (dan) bossku, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Tentunya kita mengaku ada salah kita sendiri (iaitu) sabotaj dalaman parti,” dakwanya sambil menambah perkara yang disebutkannya itu dirancang oleh parti lawan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ahmad turut mengumumkan PAU 2022 yang berlangsung pada Jumaat dihadiri seramai 2,820 orang di mana ia melibatkan 57 Ahli MKT, 30 wakil sayap, 2,553 wakil bahagian dan 180 ketua penerangan yang menjadi pemerhati.

Ikuti perkembangan semasa mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2022 di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!