[VIDEO] PAU 2022: UMNO tuntut Najib diberikan keadilan sewajarnya

Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2022. FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2022. FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - UMNO menuntut supaya pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan keadilan sewajarnya.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana Najib didakwa menjadi ‘mangsa ‘ pendakwaan politik dan terpilih.

Jelas Ahmad Zahid, faktor ‘Bossku’ yang sinonim dengan Najib menjadi antara penyumbang utama kembalinya sokongan rakyat kepada parti.

“Beberapa langkah politik yang kita ambil, merubah landskap dan sudut pandang rakyat terhadap politik. Sedikit demi sedikit, UMNO kembali diyakini.

“Apatah lagi tanpa perlu kita apologatik, faktor Bossku, Datuk Seri Najib menjadi antara penyumbang utama, kembalinya sokongan rakyat kepada UMNO dan BN,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, pada Jumaat.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun berkata, tindakan segelintir pemimpin parti sendiri yang mempersoal usaha UMNO untuk memberi keadilan kepada Najib amat dikesali.

“Terdapat juga segelintir pemimpin dalaman kita sendiri, yang cuba menonjolkan diri, ingin menafikan faktor kebangkitan semula UMNO ketika itu.

“Namun, kita terus bergerak ke hadapan. Tatkala kita memulakan penyatuan ummah, ada pandangan yang menyatakan gerakan politik ini amat bahaya. Ia dikatakan akan mewujudkan sitiuasi politik yang tidak sihat dan tidak seimbang,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti perkembangan semasa mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2022 di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!