Beberapa jalan di Shah Alam ditutup 28 April ini
SHAH ALAM - Beberapa jalan di sekitar bandaraya ini akan ditutup dalam memastikan program IOS Half Marathon yang dijadualkan berlangsung pada 28 April ini berjalan lancar.
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, beberapa jalan ini ditutup bagi memastikan proses persiapan dan perjalanan program dapat dilaksanakan dengan sempurna.
"Antara jalan yang terlibat adalah Persiaran Institut, Persiaran Kayangan, Jalan Padang Jawa dan Persiaran Selangor.
"Selain itu penutupan jalan turut melibatkan Bulatan Kemajuan, Bulatan Perusahaan, Persiaran Dato’ Menteri, Bulatan Mestika, Persiaran Raja Muda dan Bulatan Bestari," katanya.
Katanya, penutupan beberapa jalan ini akan bermula pada jam 2 hingga 6 pagi.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak menggunakan jalan seperti dinyatakan pada tempoh tersebut sekali gus mengelakkan kesesakan lalu lintas," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!