Hishammuddin sedia tanding jawatan 'Top 2'

Hishammuddin ketika hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 pada Jumaat.- Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Hishammuddin ketika hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 pada Jumaat.- Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersedia untuk bertanding jawatan ‘Top 2’ sekiranya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jawatan mana yang ingin ditandingi pada pemilihan itu nanti.

“Itu kita kena tunggu mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ini. Jika keputusan PAU adalah pemilihan akan diadakan, saya sendiri tidak keberatan untuk fikirkan bertanding dalam pemilihan akan datang

“Cukuplah, itu (jawatan mana) kena tunggu ada pertandingan atau tidak,” katanya ketika ditemui media selepas ucapan dasar Presiden pada PAU 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, pada Jumaat.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid semasa ucapan dasarnya pada Jumaat, menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan soal pemilihan parti khususnya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan atau tidak pada pemilihan parti akan datang.

Beliau berkata, sebagai seorang yang yakin kepada proses demokrasi, maka urusan tersebut diserahkan kepada perwakilan untuk menentukannya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!