LZS, Etiqa kolobrasi buka Pusat Inovasi dan Pembelajaran Al-Biruni

Anhar (kanan) menurunkan tandatangan pada plak sambil disaksikan Mohamad Sabri (tengah) dan Mohd Sabirin (kiri)
sempena pembukaan Pusat Inovasi dan Pembelajaran Al-Biruni Zakat Selangor di Pangsapuri Enggang pada Jumaat
Anhar (kanan) menurunkan tandatangan pada plak sambil disaksikan Mohamad Sabri (tengah) dan Mohd Sabirin (kiri) sempena pembukaan Pusat Inovasi dan Pembelajaran Al-Biruni Zakat Selangor di Pangsapuri Enggang pada Jumaat
A
A
A

PUCHONG - Dua unit pangsapuri telah diubah suai menjadi Pusat Inovasi dan Pembelajaran Al-Biruni Zakat Selangor bagi kemudahan anak miskin bandar di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara mengulang kaji pelajaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata, ia adalah yang pusat ketiga selepas Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Mentari, Petaling Jaya pada 2019 dan Tanjong Karang pada 2021.

Menurutnya, kemudahan itu berkonsep ruang belajar, ruang santai dan bilik bacaan di bawah sumbangan daripada Etiqa Family Takaful Berhad dan Etiqa General Takaful Berhad.

"Ia membabitkan peruntukan RM640,000 bagi kos pengubahsuaian dan pembelian peralatan serta kelengkapan termasuk kos pengurusan operasi bagi tempoh dua tahun.

"Program ini mendapat bantuan daripada Adab Youth Garage (AYG) yang akan melaksanakan program pembangunan akademik dan sosial yang dirancang termasuk Program Kelas Intervensi 3M (membaca, menulis, mengira)," katanya pada Majlis Perasmian Pusat Inovasi dan Pembelajaran Al-Biruni Zakat Selangor di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara pada Jumaat.

Turut hadir Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir; Mufti Terengganu, Dr Mohamad Sabri Haron; Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Berhad, Zafri Ab Halim dan Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa General Takaful Berhad, Shahrul Azuan Mohamed.

Pusat Inovasi dan Pembelajaran Al-Biruni Zakat Selangor adalah kemudahan kepada anak-anak di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara mengulang kaji pelajaran.
Pusat Inovasi dan Pembelajaran Al-Biruni Zakat Selangor adalah kemudahan kepada anak-anak di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara mengulang kaji pelajaran.

Mohd Sabirin berkata, LZS amat menekankan aspek pendidikan terhadap generasi kedua dalam kalangan pelajar asnaf yang mana menjadi keutamaan LZS untuk memastikan pembangunan pendidikan diperkasakan.

Artikel Berkaitan:

"Bagi memastikan tidak ada pelajar-pelajar yang tercicir, LZS bukan hanya menyalurkan bantuan sedia ada sebaliknya membangunkan pusat pembelajaran Al-Biruni untuk menyantuni bukan sahaja asnaf tetapi kanak-kanak miskin bandar di Selangor.

" Al-Biruni Zakat Selangor dibangunkan di bawah Program Pembangunan Kanak-Kanak Miskin Bandar LZS dengan objektif menyediakan ruang belajar dan sosial yang selamat dan kondusif disamping bantuan akademik kepada mereka yang ketinggalan dalam pelajaran," katanya.

Sementara itu, Zafri berkata, Etiqa Family Takaful Berhad mengeluarkan zakat RM20.5 juta pada 2021 iaitu 40 peratus dibayar kepada 14 pusat zakat seluruh negara manakala 60 peratus daripadanya diagihkan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

"Al-Biruni Zakat Selangor merupakan salah satu CSR syarikat yang akan diperluaskan ke Pulau Pinang pada tahun ini.

"Ia selari dengan objektif syarikat yang lebih mementingkan pembangunana ummah. Kita tidak mahu sekadar beri kewangan skali sahaja tetapi tidak tindakan susulan," katanya.

Beliau berharap sumbangan yang diberikan itu akan memberi manfaat dan semangat kepada golongan sasar untuk belajar lebih tekun demi masa depan yang cerah.