Selangor arah PBT semak SOP pusat kurungan haiwan

Sze Han. Laporan Sinar Harian pada Khamis.
Sze Han. Laporan Sinar Harian pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor telah mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini untuk menyemak dan mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) di pusat kurungan haiwan masing- masing dalam memastikan kebajikan haiwan kurungan dapat dipelihara.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam, Ng Sze Han berkata, semakan SOP itu akan dibentangkan kepada kerajaan negeri agar penambahbaikan dapat dibuat termasuk melihat kepada cadangan ke arah SOP yang lebih seragam serta keperluan naik taraf pusat kurungan dapat dibincangkan.

Justeru, katanya, kerajaan negeri menjunjung kasih keprihatinan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang melahirkan rasa dukacita terhadap keadaan haiwan di pusat kurungan anjing milik Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) yang tular baru-baru ini.

"Kerajaan negeri komited dalam memastikan haiwan jagaan di pusat kurungan di Selangor berada dalam keadaan yang baik dan terpelihara," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sinar Harian pada Khamis lalu melaporkan, PBT di Selangor digesa memperbaiki dan menaik taraf tatacara pengurusan di pusat kurungan anjing dan kucing.

Tengku Permaisuri Norashikin bertitah PBT perlu meneliti semula pendekatan baharu yang lebih holistik dalam menguruskan pusat kurungan haiwan terbiar.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!