Perhimpunan Agung Pejuang nilai hala tuju parti pasca PRU15
Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid berkata, ucapan dasar Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir esok akan menjadi kayu pengukur kepada penstrukturan semula barisan kepimpinan Pejuang serta membuka ruang idea baharu bagi menyambung legasi perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kesemua perwakilan yang hadir juga dijangka membahaskan usul bagi menentukan dasar dan hala tuju Pejuang berkenaan gabungan atau kerjasama dengan parti-parti politik atau pihak-pihak lain sewaktu menghadapi senario ketidaktentuan politik,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Perhimpunan Agung Pejuang yang berlangsung di Unicorn Hotel, Seri Kembangan, Selangor dimulakan dengan Perhimpunan Agung Pejuanita, diikuti Perhimpunan Agung Pejuang Muda dan Pejuanita Muda hari ini melibatkan perwakilan seluruh negara.
Pada PRU15, parti Pejuang yang ditubuhkan bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh Tun Dr Mahathir Mohamad gagal memenangi sebarang kerusi Parlimen yang ditandingi. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!