Fi akuan berkanun RM10 berkuat kuasa Isnin ini

Azalina
Azalina
A
A
A

PUTRAJAYA - Kadar fi akuan berkanun disemak semula kepada RM10 berkuat kuasa Isnin depan.

Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) menerusi kenyataan memaklumkan, ia selepas menterinya, Datuk Seri Azalina Othman Said menandatangani Perintah (Bayaran) Surat Akuan (Pindaan) 2023 pada Jumaat.

Kali terakhir fi akuan berkanun ini ditetapkan adalah pada 4 Mac 1993 iaitu hampir 30 tahun dahulu, melalui warta P.U.(A) 78/93.

Fi yang ditetapkan ketika itu adalah RM4 bagi akuan berkanun dan RM2 bagi ekshibit dalam akuan berkanun tersebut.

Azalina berkata, kadar baru fi ditetapkan berdasarkan semakan dan kajian terperinci yang dilaksanakan oleh kerajaan dengan pihak berkepentingan dan Pertubuhan Gabungan Pesuruhjaya Sumpah Malaysia (PESUMA).

“Kerajaan telah menyemak semula kadar ini selepas mengambil kira aspek perkembangan ekonomi, kadar inflasi, kenaikan kos operasi, kenaikan fi pelantikan Pesuruhjaya Sumpah dan perbandingan dengan kadar di negara lain,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!