PAU 2022: Ada usul mahu dua jawatan utama tidak dicabar
Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, usul agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan telah dibawa oleh wakil daripada Negeri Sembilan dan disokong oleh perwakilan dari Terengganu, Selangor dan Wanita.
“Kalau sesiapa yang nak bawa usul, itu bergantung kepada mereka. Presiden juga telah memberitahu bahawa kita tidak membuat keputusan lagi di peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan serah kepada perwakilan.
“Tapi hari ini (Jumaat), ada perwakilan yang bawa usul dan kita serahkan kepada mereka. Kita masih lagi dalam perbahasan.
"Kalau esok selepas semua wakil-wakil daripada negeri mencapai persetujuan, maka itulah persetujuannya daripada perwakilan UMNO,” katanya ketika sidang akhbar sempena PAU 2022 di sini pada Jumaat.
Jelas Isham, parti akan membuat ketetapan selepas selesai persidangan pada Sabtu.
“Selepas itu, kita akan lihat bagaimana prosedurnya. Usul ini adalah persetujuan dalam dewan.
“Sebagaimana dahulu kita pernah bawa usul untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), ketetapan sama akan dibuat,” jelasnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!