Bertahan, menyerang sebagai satu pasukan

Malaysian Tigers galas cabaran negara di Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023.
Malaysian Tigers galas cabaran negara di Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023.
A
A
A

PASUKAN hoki lelaki negara sudah bersedia sepenuhnya dan tekad memberikan cabaran getir kepada juara tiga kali, Belanda, pada aksi pembukaan Kumpulan C Piala Dunia 2023 di Stadium Birsa Munda, Rourkela, India pada Sabtu.

Tonggak pertahanan Malaysian Tigers, Muhammad Razie Abd Rahim berkata, para pemain telah melakukan analisis termasuk taktikal yang akan diterapkan di padang sepanjang menentang pasukan ketiga terbaik dunia tersebut.

“Perlawanan pembukaan sangat penting supaya kita mula dengan baik kerana boleh beri motivasi kami beraksi dengan lebih baik pada perlawanan akan datang.

“Tekanan memang ada setiap perlawanan, jadi kami akan sesuaikan diri dengan tekanan yang akan kami hadapi esok,” katanya dalam video dikongsi Konfederasi Hoki Malaysia kepada media pada Jumaat.

Pada masa sama Muhammad Razie mengingatkan para pemain Malaysian Tigers supaya sentiasa fokus dengan tugas serta tanggungjawab dipikul dalam setiap perlawanan pada Piala Dunia ini.

“Tak perlu takut dan risau untuk lakukan kesilapan sebab semua orang akan buat silap. Kita bermain, bertahan dan menyerang sebagai satu pasukan...itu yang saya sering ingatkan kepada rakan sepasukan,” katanya.


HOKI PIALA DUNIA 2023
KUMPULAN C

SABTU

Belanda lwn Malaysia

Artikel Berkaitan:

(Stadium Birsa Munda, Rourkela)

ISNIN

Chile lwn Malaysia

(Stadium Birsa Munda, Rourkela)

KHAMIS

New Zealand lwn Malaysia

(Stadium Kalinga, Bhubaneswar)

FORMAT

Juara kumpulan akan terus mara ke suku akhir, manakala pasukan di tempat kedua dan ketiga akan beraksi menentang pasukan Kumpulan D (England, India, Sepanyol, Wales) pada pusingan kalah mati untuk slot ke suku akhir.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!