Tiga melecur, dapur restoran terbakar

Pasukan bomba membuat pemeriksaan di dapur restoran yang terbakar di Kampung Gumantong Jaya, Kinabatangan pada Jumaat.
Pasukan bomba membuat pemeriksaan di dapur restoran yang terbakar di Kampung Gumantong Jaya, Kinabatangan pada Jumaat.
A
A
A

KINABATANGAN - Pemilik restoran bersama dua pelanggan melecur selepas premis itu terbakar dalam kejadian di Kampung Gumantong Jaya di sini pada Jumaat.

Dalam dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, pemilik restoran dikenali sebagai Rosmini, 44, melecur di bahagian muka, leher dan kaki.

Dua lagi pelanggan, Mohammad Sarkawi Saperi, 20, melecur di bahagian muka, kaki dan lengan manakala, Sabar Banto, 44, melecur sebanyak 27 peratus di bahagian kaki, tapak tangan dan leher.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.19 petang.

Katanya, seramai enam anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 28 kilometer dari BBP Kinabatangan.

Keadaan dapur restoran terbakar dalam kejadian di Kampung Gumantong Jaya, Kinabatangan pada Jumaat.
Keadaan dapur restoran terbakar dalam kejadian di Kampung Gumantong Jaya, Kinabatangan pada Jumaat.

"Kebakaran melibatkan dapur memasak yang terbakar 10 peratus dan telah dipadamkan oleh orang awam sebelum jentera tiba.

"Terdapat tiga mangsa iaitu pemilik restoran melecur ketika cuba memadam kebakaran namun tidak berjaya manakala dua pelanggan lagi mengalami kecederaan terkena api ketika ke ruang dapur selepas terdengar jeritan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Katanya lagi, semua mangsa dihantar ke hospital sebelum jentera tiba untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Pasukan bomba kemudian menjalankan pemeriksaan di restoran berkenaan bagi memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian.

"Operasi terkawal dan ditamatkan pada jam 4.24 petang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!