Tiada lagi wakil Malaysia

Ee Yi-Yew Sin akhiri perjuangan skuad badminton negara pada Terbuka Malaysia 2023.
Ee Yi-Yew Sin akhiri perjuangan skuad badminton negara pada Terbuka Malaysia 2023.
A
A
A

BEREGU lelaki profesional, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin mengakhiri perjuangan skuad badminton negara pada Terbuka Malaysia 2023 apabila tumbang kepada gandingan Indonesia, Fajar Alfian-Rian Ardianto sebentar tadi.

Pada aksi suku akhir yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi, Ee Yi-Yew Sin tewas dalam pertarungan tiga set 21-14, 16-21, 17-21.

Berdepan beregu nombor satu dunia itu, Ee Yi-Yew Sin yang mendapat sorakan padu daripada hampir 2,000 penyokong sendiri apabila berjaya menoktahkan kemenangan di set pertama dalam masa 19 minit.

Namun, Ee Yi-Yew Sin gagal meneruskan momentum kemenangan dalam dua set berikutnya apabila mereka sering ketinggalan di belakang Fajar-Rian Ardianto sebelum akur tumbang dalam pertarungan yang memakan masa 1 jam 15 minit itu.

Kekalahan itu umpama ulangan edisi tahun lalu apabila Ee Yi-Yew Sin turut mengalami kekalahan kepada Fajar-Rian Ardianto di peringkat yang sama.

Terdahulu, beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut gagal dalam misi memburu tiket separuh akhir selepas tewas 19-21, 9-21 kepada gandingan nombor tiga dunia dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!