Rentak positif Villa

Bailey (kiri) meledak satu gol ketika membantu Villa mengalahkan Leeds 2-1. - Foto AFP
Bailey (kiri) meledak satu gol ketika membantu Villa mengalahkan Leeds 2-1. - Foto AFP
A
A
A

ASTON Villa meneruskan rentak positif apabila membenam Leeds United 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.

Kemenangan itu menebus kekecewaan Villa tewas mengejut kepada pasukan Liga Dua, Stevenage 1-2 dalam saingan Piala FA minggu lalu.

Pada aksi itu, Leon Bailey dan Emi Buendia menjaringkan gol pada kedua-dua babak untuk Villa.

Bailey sebelum ini beremosi selepas Villa terlepas peluang untuk meraih kemenangan ke atas Wolves setelah sekadar terikat 1-1.

Pemain Jamaica itu, menebus kekecewaan itu apabila membuka tirai jaringan seawal minit ketiga.

"Sesuatu yang melegakan apabila melihat bola masuk. Ia akhirnya datang.

"Saya pernah melalui saat apabila bola tidak masuk, tetapi hari ini saya gembira," ujar Bailey.

Patrick Bamford menjaringkan gol sagu hati buat Leeds tujuh minit sebelum tamat dan kekalahan itu menyaksikan anak buah Jesse Marsch dua mata di atas zon penyingkiran.

Artikel Berkaitan:

Villa pula kekal di kedudukan ke-11 berkongsi mata dengan Chelsea selepas hanya mencatatkan satu kekalahan dalam enam perlawanan liga sejak Unai Emery mengambil alih tugas pada Oktober lalu.

"Ia amat mengecewakan kerana satu mata amat penting dan anda lihat ketegangan perlawanan ini.

"Jika kami boleh bermain seperti ini, kami ada sesuatu untuk dibanggakan," ujar Marsch.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!