Empat termasuk dua kanak-kanak cedera rumah terbakar

Mangsa kebakaran diberi rawatan awal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Mangsa kebakaran diberi rawatan awal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Empat termasuk dua kanak-kanak cedera dalam kebakaran di sebuah apartmen di Desa Aman Puri, Kepong di sini pada awal pagi Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, mereka yang cedera merupakan dua wanita, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

"Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 pagi melibatkan sebuah apartmen di tingkat satu di bangunan 12 tingkat yang didiami oleh tujuh penghuni warga tempatan. Semasa bomba tiba di tempat kejadian, kebakaran telah pun berjaya dipadam oleh orang awam.

"Siasatan awal mendapati kebakaran melibatkan sofa yang berada di ruang tamu sebelum merebak ke bahagian lain menyebabkan kerosakan lebih kurang 30 hingga 40 peratus di unit apartmen berkenaan,” katanya.

Norazam berkata, mangsa yang mengalami kecederaan melecur di muka, tangan serta kaki dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!