Umum Sabah, Sarawak sebagai wilayah bukti kerajaan prihatin
JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap status Sabah dan Sarawak sebagai sebuah wilayah, membuktikan keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap pembangunan ekonomi di kedua-dua wilayah berkenaan.
Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Mohd. Arifin Mohd. Arif, pertukaran status berkenaan juga diharap membuka lembaran baru dan mempercepatkan usaha Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
"Kita lihat pengumuman ini (Sabah dan Sarawak berstatus wilayah) sangat baik dan ia ada dalam usaha kita untuk memperjuangkan MA63. Kita berharap usaha MA63 dilaksanakan.
"Alhamdulillah, dari masa ke semasa kerajaan persekutuan melalui Perdana Menteri sangat prihatin berhubung hal-hal berkaitan MA63.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilihat sangat prihatin berhubung hal-hal MA63 dengan mengadakan perbincangan mengenainya dari masa ke semasa,” katanya pada Sabtu.
Mohd Arifin berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program WAM2Care bersama 300 Mahasiswa Mahasiswi Sabah di sebuah hotel hari ini.
Sementara itu, Mohd Ariffin berkata, perubahan jawatan beberapa menteri kabinet Sabah dilihat sebagai satu usaha pengubahsuaian daripada Ketua Menteri, Hajiji Noor terhadap beberapa kementerian.
Katanya, pengubahsuaian itu dibuat dalam usaha memberikan fokus terhadap apa yang terkandung dalam motto Sabah Maju Jaya (SMJ).
“Sebelum ini kita dikenali sebagai Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan ttapi kini Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi.
“Saya sendiri kini diamanahkan sebagai selaku Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Exco Pendidikan dan kita akan bergabung dengan bidang-bidang lain dalam merancakkan lagi pembangunan dan hala tuju Sabah.
“Kita juga dah susun perancanganuntu lima tahun dengan pelbagai perancangan termasuk mewujudkan hub halal selain memperkasakan soal wakaf di Sabah,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!