PM UK kutuk hukuman mati ke atas rakyat British-Iran

Rishi Sunak - Foto fail Reuters
Rishi Sunak - Foto fail Reuters
A
A
A

LONDON - Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak pada Sabtu menyifatkan hukuman mati oleh Iran terhadap seorang warga Britain-Iran sebagai 'tindakan pengecut' dan mengecam tindakan itu.

Pada Sabtu, badan kehakiman Iran mengumumkan pelaksanaan hukuman mati terhadap Alireza Akbari, bekas timbalan menteri pertahanan, beberapa hari selepas dia dijatuhi hukuman itu atas tuduhan mengintip.

"Saya terkejut dengan hukuman mati terhadap warga Britain-Iran Alireza Akbari di Iran. Doa saya bersama rakan dan keluarga Alireza," kata Sunak di Twitter.

Sementara itu Setiausaha Luar Britain, James Cleverly dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan memanggil Kuasa Usaha Iran untuk menjelaskan pendirian Britain terhadap tindakan Iran itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!