Dusuki dilantik Pengerusi Majlis Ulama UMNO

Dusuki
Dusuki
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Datuk Dusuki Ahmad sebagai Pengerusi Majlis Ulama UMNO.

Ujarnya, penubuhan majlis itu diharap mampu bersama-sama membimbing parti agar sentiasa berada di landasan yang benar.

“Dalam ucapan dasar, saya turut menyentuh mengenai perlunya penubuhan Majlis Ulama UMNO disegerakan.

"Hubungan ulama dan umarak yang merupakan elemen penting dalam memastikan urusan petadbiran negara sentiasa berpedoman, berpandukan al-Quran dan As Sunnah.

“Maka sukacita saya mengumumkan pelantikan Datuk Dusuki Ahmad sebagai Pengerusi Majlis Ulama UMNO.

“Dengan pelantikan ini, kita mengharapkan golongan ulama akan dapat bersama-sama membimbing perjalanan kita agar sentiasa berada di landasan yang benar,” katanya ketika menggulung ucapan dasar presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Sabtu.

Ahmad Zahid ketika menggulung ucapan dasar presiden sempena PAU 2022 di WTCKL pada Sabtu.
Ahmad Zahid ketika menggulung ucapan dasar presiden sempena PAU 2022 di WTCKL pada Sabtu.

Pada Jumaat, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri mengumumkan parti itu akan menubuhkan Majlis Ulama UMNO seiring dengan usaha untuk melebarkan lagi jaringan parti itu.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, penubuhan majlis itu juga menjadi cerminan kesediaan parti untuk menjalin kerjasama bukan sahaja dalam kalangan rakan gabungan parti tetapi juga badan bukan kerajaan (NGO) lain.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!