200 penghuni hilang tempat tinggal rumah panjang terbakar
Gambar hiasan
A
A
A
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kebakaran itu membabitkan satu blok lama rumah panjang berstruktur tidak kekal dengan anggaran 90 peratus musnah.
"Tiga pintu lagi berjaya diselamatkan daripada terbakar. Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya dan anggota pemadam berjaya menghalang kebakaran daripada merebak ke blok baharu rumah panjang tersebut yang hanya berjarak 4 meter dari tempat kebakaran berlaku.
"Anggaran penghuni terjejas adalah seramai 200 orang daripada 33 keluarga. Mereka berjaya keluar dari kawasan kebakaran serta tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 5 Bintulu, Wan Kamaruddin Wan Ahmad ketika dihubungi berkata, kebakaran dipercayai bermula dari unit tengah rumah panjang tersebut.
Bagaimanapun, beliau berkata, punca sebenar serta kerugian akibat kebakaran itu masih disiasat dan pasukan forensik akan ke lokasi kejadian esok untuk menjalankan siasatan lanjut. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!