Lelaki maut tersepit dalam nahas kereta dengan treler

Keadaan di lokasi kemalangan melibatkan treler dan kereta jenis Perodua Myvi di Jalan Bentong-Raub dekat Lurah Bilut, Bentong pada Sabtu. - Foto ihsan PDRM
Keadaan di lokasi kemalangan melibatkan treler dan kereta jenis Perodua Myvi di Jalan Bentong-Raub dekat Lurah Bilut, Bentong pada Sabtu. - Foto ihsan PDRM
A
A
A

BENTONG - Seorang lelaki maut akibat tersepit dalam kereta dalam kemalangan di Jalan Bentong-Raub dekat Lurah Bilut di sini pada Sabtu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria memberitahu, kemalangan tersebut membabitkan sebuah treler dan kereta jenis Perodua Myvi.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan pada jam 6.37 petang dan seramai enam anggota serta seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian.

"Terdapat satu lelaki dewasa tersepit dalam kereta tersebut dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seorang lelaki dari kenderaan sama pula cedera manakala pemandu treler selamat.

"Anggota bomba memulakan operasi dengan mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan menyelamat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Ujar beliau, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis manakala yang cedera dihantar ke Hospital Raub dengan menaiki ambulans KKM.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!