SAR remaja lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Pahang ditangguh
BERA - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas ketika bermandi-manda di Sungai Pahang dekat Kampung Batu Bor di sini pada Sabtu ditangguhkan pada jam 7 petang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superitendan N Kumaran memberitahu, pencarian mangsa, Faizal Akmal Fikri Mohd Fauzi, 20, dari Kampung Bukit Lada Awah, Temerloh akan disambung jam 8 pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superitendan N Kumaran memberitahu, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian pada jam 4.50 petang dan bergegas ke lokasi terbabit.
Beliau berkata, setibanya di tempat kejadian, didapati mangsa dipercayai lemas ketika mandi bersama lima rakannya.
"Pihak polis bersama bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dengan bantuan nelayan Kampung Batu Bor telah menjalankan usaha SAR," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Selain motosikal, beberapa barangan peribadi termasuk selipar dipercayai milik mangsa didapati berada di tempat kejadian.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!